Friday, September 25, 2009

Trip ke Pulau Pangkor

21 September 2009 (Selasa):

Perjalanan dimulakan ke Pangkor dari rumah Ayah Njang aku di Sri Manjung, anaknya bertunang. Dengan 2 kereta, Kelisa & Kenari kami terus ke Jeti Lumut. Lepas turunkan orang dan barang, kereta dibawa ke tempat letak kereta bertingkat Majlis Daerah Manjung (MDM). Memang senang dapat parking. Murah pun murah, 3 hari baru RM 14 je, kira ikut jam. Nak naik feri, kami beli tiket pergi balik, seorang RM 10. Ada 8 orang jadinya RM 80 COD. Jaga tiket elok-elok jangan hilang. Perjalanan dengan feri ambil masa lebih kurang 1/2 jam, jangan turun kat jeti pertama, ni untuk orang-orang tempatan kat pulau ni, tunggu jeti yang kedua barulah turun.

Sampai kat jeti Pangkor, perasan perubahan berbanding kali terakhir datang tahun 2005. Jeti pangkor sekarang ni tengah diubahsuai untuk lebih 'world-class' dengan interior, landscape dan laluan yang lebih selesa dan teratur. Macam dulu jugak, satu-satunya pengangkutan nak ke tempat penginapan (Pasir Bogak atau Teluk Nipah) adalah dengan menaiki 'Teksi Pink'. Teksi ni boleh muat 8 - 9 orang, jadinya sedang elok la untuk kami. Dengan bayaran tambang RM 20 untuk sebuah teksi, kami selamat dihantar ke Teluk Nipah, betul-betul di depan chalet penginapan kami, Palma Beach Resort, Teluk Nipah. Lepas bayar bayaran baki chalet, dapat kunci terus naik bilik untuk hantar barang. Dalam kepala ni dok terbayang mandi laut dah. Harga chalet ikut jenis. Kami ambik 1 'Standard' RM 95 dan 1 "Family' RM 150. Untuk percutian 3 hari malam kami tempah chalet untuk 2 malam. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM 490. Itulah harga waktu cuti macam sekarang. Sebelum sampai dah 'bank-in' RM100, baki dijelaskan bila dah selamat sampai ke chalet. OK chalet ni, bilik-biliknya baru di 'touch-up' siap bagi tilam extra lagi. Sikit je la masalahnya, pressure air selalu rendah kadang-kadang sampai takde air langsung. Kene la telefon makcik di bawah bagi tau lepas tu ok la. Rasanya pam diorang rosak kot.

Ngantuk pulak mata ni, tak habis lagi cerita hari pertama kat pangkor. Esok aku sambung lagi...

No comments:

Post a Comment