Monday, December 19, 2011

Life-Balance

Keseimbangan hidup adalah matlamat penting dlm hidup. Tak lah bermakna perkara lain tak penting, cuma perkara ni akan dapat memastikan perkara-perkara lain dapat dicapai dalam hidup. Pada aku, kerjaya, bisnes, ibadah, keluarga, kewangan dan kesihatan adalah beberapa elemen dalam hidup yg perlu seimbang. Kerja je tak sudah2 terabai pulak keluarga. Berbisnes je nak buat duit, terabai pulak ibadah. Itu lah maksud pernyataan awal tadi. Hidup akan lebih bermakna kalau manusia bijak memberi 'priority' kpd elemen2 penting dlm hidup. Renung2 lah quadran yg dilakar Steven R Covey tentang 'urgent & important', important but not urgent (Korang lg expert kan :). Pada aku, lps balik kerja dpt joging sikit utk maintain kesihatan, pastu balik rumah utk waktu kualiti dgn famili dah kira syukur Alhamdulillah. Dalam masa yg sama, bisnes jalan dgn pemantauan minima dan ibadah wajib dpt dilaksana dgn sepatutnya dah kira seribu rahmat. Setakat ni, aku akan cuba maintain keseimbangan ni dan tambahbaik mana2 yg perlu. Gambar budak 2 orang ni adalah antara prioriti dalam hidup aku sekarang (2012 insyaAllah tambah lg 1 ;)...

Saturday, December 17, 2011

HUJAN!!

Sebut pasal cuaca, mesti ramai yg maklum dari November hingga mungkin Februari adalah musim hujan. Ada sesetengah tempat sampai banjir (moga mereka tabah). Musim hujan juga memberi sedikit tekanan kepada para peniaga pasar terbuka spt pasar malam dan pasar tani. Ye la, bila hujan orang pun tak keluar, maka jualan pun banyak la yg tak habis. Senang cerita, tak capai target yg sepatutnya. Mmg betul ramai yg kata hujan itu rahmat, tapi yg berkata macam itu perlu sedikit prihatin dgn keadaan dan perasaan golongan masyarakat yg sumber rezekinya seperti di atas. Semoga Allah mengurniakan rezeki dlm bentuk yg lain selain kewangan kepada para peniaga yg sedang berjuang di musim hujan ini spt kesihatan, ilham yg baik serta semangat yg kuat utk terus redha akan ujian yg diberikan, insyaAllah.

Friday, December 16, 2011

Hi U Ols. Dah Di Ambang 2012!!

Lama sungguh tak update blog nih. Last update tahun 2009, ni dah nak masuk 2012. Banyak cerita yg sepanjang lebih kurang 2 tahun lebih tu. Dari anak seorang (Lili), dah nak masuk 3 orang. Dari pakai Nokia, dah pakai iPhone (tu yg semangat nak update blog balik, boleh pakai blogger mobile). Dari sepenuhnya kerja makan gaji, sekarang dah jadi 'small scale entrepreneur'. Kerja pun dah berubah2 department & tahun depan no more SSM. Akan diganti dgn SBPA pulak.. Semoga tahun 2012 yg akn menjelma menjanjikan perubahan hidup yg lebih bermakna. Sampai sini dulu update blog kali ni (baru mula balik tak boleh terlebih semangat, yg penting istiqamah), kita jumpa di post akan datang dlm masa terdekat ni, insyaAllah ;) (Dilampirkan latest pic aku sekeluarga semasa bercuti di Bukit Bendera, Penang baru2 ni.. Toksah tanye anak lg satu kat mane ok :)