Wednesday, November 11, 2009

Trip ke Pulau Pangkor (4)

Survey punya survey, ada 2 je harga sewa motor yg ditawarkan (motor banyak, harga 2 ni jer) RM 40 dan RM 30. RM 40 tu adalah daripada pemberi sewa yang nak kaut untung lebih sempena musim perayaan macam sekarang. RM 30 tu memang harga standard. Kami ambik 2 buah motor dengan harga sewaan RM 30 sebuah (Aku 30, Wan 30). Aku bawak skuter (modelnya dah tak ingat) sambil bonceng wife, dan Wan bawak Honda EX5 Class sambil bonceng Man. Maka merondalah kami pusing-pusing Pulau Pangkor dalam keadaan matahari tegak atas kepala. Bukan tak pernah buat sebelum ni tapi bile ada 4 orang ni seronoknya lain sikit.Best juga bawa skuter ni, pulas ajer jalan.... tak payah fikir gear atau klac. Naik jalan berbukit yang banyak kat Pangkor ni pun laju je...

Kami cuba jejak air terjun berdasarkan 'signboard' yang ada, tapi sampai satu peringkat, jalan tu masuk ke hutan dan cuma boleh di trekking dengan berjalan kaki. Kami singgah di pekan Pulau Pangkor (dekat dengan jeti) untuk cucuk duit kat ATM Maybank (masing-masing dah kering dan perlu talian hayat). Lepas tu ke Kota Belanda pulak, tempat bersejarah. Aku pulak ambil kesempatan untuk cari kedai gambar sebab nak transfer gambar yang dalam memory card kamera sony, dah penuh, holiday tak habis lagi. Minta kedai tu transfer dalam DVD (sebab fail besar) dan aku boleh format memory card untuk tangkap gambar lagi.

Kami meronda dengan motor tak lama, adalah dalam 2 jam. Dalam pukul 5.00 kami gerak balik untuk siap-siap nak mandi petang pulak. Rugi tak mandi puas-puas woo datang Pangkor ni. Pagi, petang, siang, malam mandi, mandi dan mandi. Untuk kali yang kedua, baby kami Lili aku mandikan lagi kat laut, pakai pelampung dia tu. Ombak petang ni agak kuat + air pasang, jadi pelampung tu perlu dijaga lebih sikit lah. Bola yang aku bawak pun dimain jugak, tapi penat nak menangkapnya kalau main atas air rupanya. Mengah...huah huah huah....

Penat la menaip. Lepas ni cerita pasal makan malam yang terakhir pulak...