Sunday, September 27, 2009

Trip ke Pulau Pangkor (3)

Alarm handphone yang aku set berbunyi tepat jam 6.00 pagi. Memang aku set awal. Dengan semangat yang berkobar-kobar, aku bersiap apa yang patut. Jam 7.00 pagi, aku, Wan dan Man dah keluar bilik untuk cari tempat untuk sarapan pagi. Isteri aku masih lagi dihanyut mimpi indah jadi dia tak lah turun, lagi pun anak kami, Lili tu tengah tidur, malas nak kacau. Mak, Ayah dan Nurul pun malas nak keluar, semua sambung tidur balik. Memang betul-betul bercuti dan berehat diorang ni. Aku pulak kalau bercuti ni, rugi rasanya tidur banyak-banyak sebab masa akan terasa cepat jer habis.

Tempat untuk 'breakfast' dijumpai. Berapa langkah je dari chalet kami. Tepi laut lagi tu, memang layan, siap buat meja stail bar menghadap ke laut lagi pulak. Ada la dalam 1 jam kami bertiga breakfast + lepak kat situ. Menu, nasi lemak, mee goreng, kue tiaw goreng, kuih. Harga lebih sikit je dari biasa, amat berpatutan. Time nih nampak dah ada orang turun mandi, terutamanya budak-budak. Memang syok sebab matahari belum naik lagi.

Lepas bayar makanan, terus je kami bertiga menyusur pantai ke teluk paling hujung kat Teluk Nipah ni. Air tengah surut, best sangat buat terjunan dari atas batu kat hujung teluk ni. bergilir-gilir kami panjat-terjun batu, Man yang tak pernah buat pun jadi berani bila kene hasut dengan abang-abangnya ni. Berdengung-dengung telinga kitorang masuk keluar air laut. Ada la dalam 2 jam (sampai pukul 10.00 pagi) buat bende tu sampai matahari naik, bila dah panas kami pun beransur la balik ke bilik. Rehat sekejap, bilas-bilas badan sebelum keluar untuk makan tengahari lepas zohor.

Dalam pukul 1.30 petang, kami semua keluar untuk makan tengahari. Masing-masing perut dah berbunyi terutama yang tak keluar pagi tadi untuk breakfast. Cari makanan untuk tengahari tak sesukar mencari makan malam. Cumanya kami kena tunggu sekejap untuk tunggu nasi masak. Takde la lama sangat pun. Walau pun masakan sedapnya tak seberapa, harga yang kami kena bayar macam agak mahal skit. Kedai makan ni dekat dengan surau, betul-betul sebelah lorong keluar masuk chalet. Masa makan ni la keluar cadangan untuk sewa motor. Boleh round pulau. Jadi Wan ditugaskan untuk survey harga motor lepas makan tengahari ni...

Aku nak sambung official work jap. Nanti aku post lagik sambungan...

Saturday, September 26, 2009

Trip ke Pulau Pangkor (2)

So, lepas je settle down barang kat bilik, apa lagi, lebih kurang pukul 5.00 petang terus je ajak mereka-mereka yang berkenaan untuk ke mana? mana lagi, ke laut lah wehh!! Yang mandi Wan, Man, Lili dan of course lah aku sendiri. Cuaca petang ni sangat baik. Pelancong pun boleh tahan ramai. Banyak juga yang beraya kat Pangkor, ingatkan penuh dengan kaum bukan Melayu. Iyer lah, bila lagi nak bercuti. Alang-alang dah cuti raya, campur la sekali dengan makan angin. Turun laut kali ni lain skit daripada yang sebelum-sebelum ni sebab kali ni ada bawak pelampung untuk anak kitorang, Lili. Syok betul dapat dengar bunyi ombak, rasa angin bayu laut berhembus ke pipi, seroi pasir dipijak kaki. Dushh!!! Maka terjunlah kami ke dalam laut dan terapung-apunglah Lili dalam pelampungnya tu. Ibunya hanya memerhati dari jauh, tak mandi, tu je yang tak bestnya.

Permulaannya Lili macam cuak duduk dalam pelampung tu, tapi bila diagah-agah, ok lah dia. Sampai tertidur dalam pelampung tu, rasanya sebab pening dibuai-buai ombak dan juga campur penat mengharung perjalanan dari jam 11.00 pagi. Sepuas-puasnya kami mandi laut, pukul 6.30 petang baru kami naik. Sampai Kecut!! Dah mandi lama-lama ni, sejuk, lepas tu mula lah terasa lapar perut ni. Takpe. Naik bilik dulu, bilas badan dengan air paip, lepas tu tunggu Maghrib, baru bleh keluar makan.

Dalam pukul 8.00 malam kami keluar untuk makan. Banyak warung yang bukak untuk makan malam, walau pun musin raya. Cuma masalahnya, tiap-tiap warung yang ada tu penuh dengan manusia, ramai yang mukanya dah macam makan peria, kelat je. Dah lama menunggu santapan tak kunjung tiba la tu. Kami sampai 2 kali berpindah warung, dah duduk lepas tu bangun untuk cari warung lain. Akhirnya warung (restoran la kot) yang ke tiga baru la confirm kami duduk dan order makanan. Santapan kami, Bihun Goreng dan Chicken Chop. Aku tanya budak waiter tu, chicken chop ni kuah apa? black pepper ke mushroom? Terpinga-pinga dia nak menjawab. Tak apa la, aku order jugak. Bila sampai, rupa-rupanya yang dimaksudkan adalah ayam bahagian dada yang 'digoreng'. Kuahnya? Cili sos. Cis!! patut terkial-kial nak jawab. RM 12 tu harganya. Redha je la, perut dah lapar. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar untuk makan malam 8 orang, RM 89.00. Agak mahal, tapi memandangkan musim cuti raya, kira ok la harga tu. Maka baliklah kami semua ke bilik dengan perut yang kenyang lebih kurang jam 12.00 pagi. Sempat jugak isteri aku window shopping kat gerai-gerai baju, dah target la tu. So tamatlah hari pertama, dan tak sabar nak bangkit subuh esok utk mandian pagi di laut.

Sambungan catatan hari kedua, lepas ni...

Friday, September 25, 2009

Trip ke Pulau Pangkor

21 September 2009 (Selasa):

Perjalanan dimulakan ke Pangkor dari rumah Ayah Njang aku di Sri Manjung, anaknya bertunang. Dengan 2 kereta, Kelisa & Kenari kami terus ke Jeti Lumut. Lepas turunkan orang dan barang, kereta dibawa ke tempat letak kereta bertingkat Majlis Daerah Manjung (MDM). Memang senang dapat parking. Murah pun murah, 3 hari baru RM 14 je, kira ikut jam. Nak naik feri, kami beli tiket pergi balik, seorang RM 10. Ada 8 orang jadinya RM 80 COD. Jaga tiket elok-elok jangan hilang. Perjalanan dengan feri ambil masa lebih kurang 1/2 jam, jangan turun kat jeti pertama, ni untuk orang-orang tempatan kat pulau ni, tunggu jeti yang kedua barulah turun.

Sampai kat jeti Pangkor, perasan perubahan berbanding kali terakhir datang tahun 2005. Jeti pangkor sekarang ni tengah diubahsuai untuk lebih 'world-class' dengan interior, landscape dan laluan yang lebih selesa dan teratur. Macam dulu jugak, satu-satunya pengangkutan nak ke tempat penginapan (Pasir Bogak atau Teluk Nipah) adalah dengan menaiki 'Teksi Pink'. Teksi ni boleh muat 8 - 9 orang, jadinya sedang elok la untuk kami. Dengan bayaran tambang RM 20 untuk sebuah teksi, kami selamat dihantar ke Teluk Nipah, betul-betul di depan chalet penginapan kami, Palma Beach Resort, Teluk Nipah. Lepas bayar bayaran baki chalet, dapat kunci terus naik bilik untuk hantar barang. Dalam kepala ni dok terbayang mandi laut dah. Harga chalet ikut jenis. Kami ambik 1 'Standard' RM 95 dan 1 "Family' RM 150. Untuk percutian 3 hari malam kami tempah chalet untuk 2 malam. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM 490. Itulah harga waktu cuti macam sekarang. Sebelum sampai dah 'bank-in' RM100, baki dijelaskan bila dah selamat sampai ke chalet. OK chalet ni, bilik-biliknya baru di 'touch-up' siap bagi tilam extra lagi. Sikit je la masalahnya, pressure air selalu rendah kadang-kadang sampai takde air langsung. Kene la telefon makcik di bawah bagi tau lepas tu ok la. Rasanya pam diorang rosak kot.

Ngantuk pulak mata ni, tak habis lagi cerita hari pertama kat pangkor. Esok aku sambung lagi...

Monday, September 21, 2009

It's Eidul Fitri !!!


Busy-ness and tiredness has made me unable to arrive to this blog for some time. Only today, at 3-rd day of Eidul Fitri I'm able to create some post as its a week holiday since last friday. It has been a joyful raya for me and the whole family. Visiting relatives had bring tiredness but thank god, its not as tired as in Ramadhan because after a month fasting, Muslim now can eat and drink during the day (Also a factor of tiredness, have to eat rendang, lemang, nasi impit, kuih raya etc.). Hope to see the blessed Ramadhan again next year. Actually today me and family are preparing for Pangkor in less than ooo7 hrs. It will be a first time trip for my baby, Liz Halili Husna, 11 months to an island. Previously she had a trip to Genting Highland when she was 3 months. Her father also eagerly wanted to go to Pangkor after months of restless work at office. Already imagine doing a nasty jump (terjun tiruk) at the white sandy beach of Teluk Nipah, Pangkor Island. Before ending this post, me and family would like to take this opportunity to seek forgiveness to all Muslim, relatives and friend for any misbehaviour or mistake and also give forgiveness to all. May Allah bless us all and drive us to His 'Hidayah' and enable us to meet holy Ramadhan 2010. Don't forget to drop by this blog as I will post our experience on the trip to Pangkor as soon as I get back....