Monday, December 19, 2011

Life-Balance

Keseimbangan hidup adalah matlamat penting dlm hidup. Tak lah bermakna perkara lain tak penting, cuma perkara ni akan dapat memastikan perkara-perkara lain dapat dicapai dalam hidup. Pada aku, kerjaya, bisnes, ibadah, keluarga, kewangan dan kesihatan adalah beberapa elemen dalam hidup yg perlu seimbang. Kerja je tak sudah2 terabai pulak keluarga. Berbisnes je nak buat duit, terabai pulak ibadah. Itu lah maksud pernyataan awal tadi. Hidup akan lebih bermakna kalau manusia bijak memberi 'priority' kpd elemen2 penting dlm hidup. Renung2 lah quadran yg dilakar Steven R Covey tentang 'urgent & important', important but not urgent (Korang lg expert kan :). Pada aku, lps balik kerja dpt joging sikit utk maintain kesihatan, pastu balik rumah utk waktu kualiti dgn famili dah kira syukur Alhamdulillah. Dalam masa yg sama, bisnes jalan dgn pemantauan minima dan ibadah wajib dpt dilaksana dgn sepatutnya dah kira seribu rahmat. Setakat ni, aku akan cuba maintain keseimbangan ni dan tambahbaik mana2 yg perlu. Gambar budak 2 orang ni adalah antara prioriti dalam hidup aku sekarang (2012 insyaAllah tambah lg 1 ;)...

No comments:

Post a Comment